Sunday, October 24, 2010

Andai Kau Mengerti



Salam buat semua...

Kekadang aku cemburu bila lihat dalam blog orang lain menceritakan perihal ibu mereka...mereka memuji-muji ibu mereka...mereka menceritakan detik-detik bahagia bersama ibu mereka...mereka menceritakan bagaimana mereka berkongsi suka duka bersama ibu mereka...

Tapi bagi aku........aku tak punya kesempatan untuk itu...ya,memang kalau dilihat dari segi luaran aku dan insan yang aku gelar ibu memang nampak baik dan ok...tetapi dalam hati ini tak siapa pun yang tahu...bukan niat aku nak membuka cerita yang tidak baik perihal ibuku....tapi ini hanyalah luahan hati seorang anak yang sangat-sangat mendambakan saat-saat terbaik bersama ibunya...aku betul-betul inginkan perhatian daripada insan yang ku panggil ibu ini...sungguh aku mahu...

Jika mereka semua sering memuji-muji ibu mereka didalam pelbagai cara dan contoh yang lebih dekat ialah mereka menceritakan tentang ibu mereka didalam blog..sedangkan aku hanya memuji ibuku didalam hati ini..tak siapa yang tahu bahawa aku begitu kagum dengan bakat yang ada pada ibuku...beliau pandai menjahit..pandai menggubah..pandai marhaban..kalau kalian nak tahu ibuku merupakan ketua kumpulan marhaban..nama kumpulan mereka adalah An-Najwa...mendengarkan alunan dari ibuku betul-betul sedap didengari...lebih-lebih lagi ibuku mengetuai kumpulannya ketika majlis cukur jambul puteriku...begitu indah alunan si ibu..
namun pujian itu ku simpan sendiri...tidak ku luahkan pada sesiapa pun...


Ibuku jugak seorang yang sangat suka menjahit..ibu pernah memberitahu padaku semenjak umurnya 13 tahun lagik beliau sudah pandai menjahit baju sendiri...siapa yang tak cemburukan...tapi apa kan daya bakatnya tidak turun pada anaknya yang sorang ni...ibu juga pandai mengubah..tak kira apa jenis gubahan ibu memang handal...gubahan bunga dan hantaran adalah kegemaran ibu...bagi jela apa jenis bahan ibu boleh buat hingga menjadi paling cantik...ibu sering menerima tempahan untuk buatkan hantaran perkahwinan...baik sepupu-sepupuku ataupun anak kawan ibu...ibu tak kisah asalkan kudrat ibu masih mampu...sekali lagik aku cemburu...

Tapi apakan daya bakat ibu tiada satu pun yang turun pada anaknya yang sorang ni..jangan kata nak menjahit pegang jarum pun kekadang tersangatlah malas...sedikit pu aku tak salahkan ibu...mungkin inilah suratan yang telah tertulis buat insan yang bernama Rusila Sazrin...ibu sering cakap yang aku ni keras tangan..dan tak nak mencuba menjahit..apa yang aku mampu buat adalah pendamkan sahaja...apa aku nak cakap...minat tuk menjahit tidak ada dalam diri aku...aku pernah cuba nak tanamkan minat aku pada jahitan tapi aku tak mampu nak paksa diri aku...abah pernah cakap kalau kita buat kerja yang kita minat,kita akan lakukan kerja tersebut dengan ikhlas tanpa perlu bermuka-muka...namun bila aku dipaksa tuk buat kerja yang aku tak minat mulalah aku buat muka kelat yang ibu tak gemar nak tengok...sebab itu aku tak suka dipaksa...tolong jangan paksa aku...aku harap sangat yang ibu mampu memahami aku...


*ini bukan ibu aku...hehehhee...contoh gambar sahaja

Pada mata semua orang ibu adalah orang yang mempunyai pelbagai bakat..sedangkan maktok (mak kepada ibu) pun sering memuji anaknya yang pandai segala-galanya...sering aku dengar cerita yang dulu ibu juga sudah pandai mencari duit tambahan dengan menjual kuih-muih yang maktok aku buat...ibu juga ada jual kacang kuda...aku tersenyum mendengar cerita ibu..

Aku juga sangat-sangat cemburu bila ibu lebihkan adik aku dari aku...aku tahu mungkin ibu tak rasa yang dia lebihkan adik dari aku...apa yang aku dapat lakukan adalah pandang perkara tersebut sebelah mata jek..sedangkan hati aku hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu...bukan aku nak berkira tapi bukankah aku ni jugak anak ibu...aku sedih bila pendapat aku tak dipandang ibu...sebagai contoh bila ibu tanya tudung ni sesuai tak dipakai dengan baju ni...aku da jawap pertanyaan ibu..da kuberikan pendapat terbaik dari aku...tapi sebentar kemudian dia bertanya pada adik pula dan adik beri pendapat yang berlainan..dan akhirnya pendapat aku hanya sia-sia belaka...perkara sebegini dah banyak kali berlaku..dan aku hanya berdiam...aku cemburu bila apa yang dilakukan adik mendapat sokongan dari ibu..aku nak amik lesen kereta selepas tamat belajar,ibu tak benarkan..alasan beliau adalah kerana ketika itu kitaorng takde kereta lain selain satu kereta sahaja..maknanye bila aku amik lesen takde kereta yang aku nak bawak...dan bila minat aku nak amik lesen da takde dipaksa-paksa pulak aku amik lesen...sungguh aku tak paham...dan sampai sekarang aku diperlip-perli kerana tak amik lesen...dan aku buat dengar tak dengar sahaja...berlainan dengan cerita adik nak amik lesen pada umur 16tahun(khas tuk motor) ibu benarkan sedangkan ketika itu adik pun takde motor...nampak bukan macam mana ibu aku melebihkan adik aku...sekali lagik aku cemburu.....

Mungkin pada kalian cerita ini tiada apa-apa pada kalian..tapi pada aku yang melalui saat-saat itu amat menyedihkan...tiada niat aku nak memburukkan insan yang mengandungkan aku 9 bulan...yang melahirkan aku dengan kudrat yang ada...tidak pernah aku salahkan ibuku...namun hati ini sebagai anak sangat-sangat sedih dan memerlukan perhatian ibunya...aku teringin nak berkongi segala cerita dengan ibuku...sedari kecil,remaja dan hingga kini aku dah bergelar isteri orang...aku tak pernah berkongsi cerita dengan ibu tentang aku punya kekasih dulu...aku tak pernah cerita pada ibu tentang aku pernah putus cinta dulu...kerana ibu tak pernah menunjukkan minat untuk tahu semua itu...ibu tak pernah sporting kalau menyentuh mengenai kisah cinta anak-anaknya...sering aku luahkan pada kawan-kawan karibku..."Ibu,anakmu ini inginkan engkau mengerti bahawa anakmu teringin sangat bercerita denganmu.."
Aku cuma mahu ibu mengerti aku.....

Namun dalam pada itu, aku berbangga dengan ibu kerana didikannya pada aku sangat baik..Aku bukan nak puji diri..tetapi kerana didikan ibu aku tidak melakukan jenayah,mahupun apa-apa kejahatan...Alhamdulillah aku dijauhkan dari itu semua dengan didikan ibu...Terimakasih ibu..

InsyaAllah,aku berdoa agar aku tidak lakukan sedemikian pada anak-anakku...Aku berdoa agar aku ada masa untuk aku dengar luahan hati anak...aku berdoa agar aku ada masa untuk diluangkan bersama anakku walau hanya seketika cuma...Kau permudahkanlah segala urusan untuk hambaMu Ya Allah...Berikanlah peluang pada hambaMu untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anakku...Kau bantulah hambaMu ini...Amin..

Kaklong tetap sayang ibu...

Ibu segala-galanya buat Kaklong...Tanpa ibu kak long takkan ada di dunia ini..

Terimakasih ibu kerana melahirkan kak long dan mendidik kak long....






No comments:

Post a Comment