Monday, July 22, 2013

Setahun sudah!

Assalammualaikum

Wah....da lama betul aku tinggalkan dunia blog ni. Salah satu sebabnya kekangan masa yang sangat mencemburui aku..Ya, masa cemburu betul dengan aku..Masa tak bagi aku can nak duduk bersenang lenang depan laptop untuk aku update perihal aku..heheheh...tiba-tiba nak salahkan masa pulakkan..kalau da tak reti nak bahagikan masa memang macam-macam alasan kau bagi eh Rusila..hehehehe..

Minta maaf la banyak-banyak sebab dah lama tinggalkan blog aku ni..InsyaAllah ada kemungkinan besar aku akan kembali ke dunia blogging ni tak lama lagi..Dan aku pun ada cerita nak dikongsikan dengan pembaca-pembaca semua..(Ada ke orang baca blog aku ni? Ke aku je yang syok sendiri?)

Okey..semoga kita bertemu lagi di lain halaman.. Assalammualaikum..

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Wednesday, June 20, 2012

Apa cerita?

Nothing much to tell you guys..

ERmmmmmm....Kehidupan macam biasa dan sekarang baru aku nak kalut-kalut ganti puasa kan...aduhai..itula masa awal-awal tahun tak nak ganti sekarang dah nak dekat masuk bulan Puasa barulah terkedek-kedek nak ganti....

Tapi nak buat macam mana kan...sendiri punya salah kenalah tanggung sendiri kan...

Kerja macam biasa...ada masa sangat sibuk ada masa sangat senang lenang..goyang kaki...sungguh tak seronok...aku suka bila aku sangat-sangat sibuk..sebab kalau kau terlalu sibuk kau tidak ada masa nak tengok jam dinding...tahu-tahu je jam sudah menunjukkan pukul 5 petang...BALIKKKK!!! Berlainan pula kalau kau sangat senang lenang tidak ada kerja nak buat kan...selang 15 minit tengok jam...naik bosan tengok jam tapi tak jugak pukul 5 kan...huhuhuhuh...

oklah nanti kalau aku ada masa dan mood aku nak bercerita aku jumpa korang lagi ye...

Bye...Assalammualaikum..

Wednesday, October 12, 2011

Permulaan cerita baru

Salam...da lama x berblogging kan..

Cut story,xmo celoteh panjang-panjang..sekarang ni da mula kerja baru di KKLW,di jabatan KEMAS...so far,kerja sangat besh...hari-hari tak membosankan dan sentiasa ada kerja..aku jugak dimaklumkan supaya sentiasa bersedia jika ada kerja last minute.,.macam semalam la..jam da pukul 4.15 petang..aku pon gembira la tak lama lagik nak balik dah..sekali tetiba pukul 4.30 pegawai bagi kerja kat aku..mintak call di setiap KEMAS negeri untuk dapatkan nama ahli-ahli jawatankuasa untuk satu program yang akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini..

Alhamdulillah,aku bersyukur sangat dapat kerja ni..disebabkan aku da menganggur selama 3 bulan kat umah..dan apa yang aku lakukan sama macam suri rumah lain...kemas rumah,sapu sampah,basuh pinggan,memasak..dan yang paling penting aku dekat dengan aku..sampaikan taknak renggang dengan aku...haiii...anak ibu sungguh...

Friday, April 8, 2011

Macam mana nak jadik cantik?


Salam...

Korang nak cantik? Nak muke korang lagik bertambah cantik dari yang sekarang ni?
Nak tahu macam mana nak jaga penampilan diri serta penjagaan muka?

Yela,selama ni mana la tahu kot kot cara-cara korang duk selalu tenyeh kat muka tu tak betul ke kan.. cara korang tempek bedak tak kene ke...

Haa...ni ada satu BENGKEL KECANTIKAN,PENJAGAAN MUKA SERTA PENAMPILAN...

# kat maner?

Di Prima Saujana,Kajang

# Biler?

17hb April 2011 (Ahad)

# Pukul brape?

9 pagi - 5 petang

# Brape nak kene bayar?

Cuma RM 170 sahaja

Sijil juga disediakan..

So,tunggu apa lagik..marilah join beramai-ramai... =)

Thursday, March 31, 2011

Giveaway Ezan yang ke 2


Salam...Haaa...ni nak bagitahu Ezan Si gadis Header Design ni buat giveaway lagik...hehehe..masa dia buat yg first dulu aku ader jugak masuk tp tak menang...(sedey...) ni nak try kali kedua pulak...Kalo korang nak join bole aje...



Kenapa aku suka follow blog Ezan ni??

Sebabnyeeeee seperti berikut:

  • Aku suka tengok semua design-design header yang Ezan buat..Comel-comel seperti tuannya..Kalo nak tau header aku ni pon Ezan jugak yang buatkan..besh and comel kan?
  • Aku suke bila Ezan buat entry pasal makan...memang menggiurkan setiap kali beliau cerita pasal makan2 ni..
  • And,aku suka bila dia cerita pasal kucing dia yang sangat gebu sebab aku pun peminat kucing cuma aku tak buat entry pasal kucing ni kerana kucing aku sekarang tak lekat kat umah almaklumlah kucing jantan..
Haaaaa...inilah antara sebab2 kenapa aku suke follow blog Ezan..
So harap2 kali ni aku pulak jadi pemenang..hehehhe


Thursday, March 17, 2011

The Journey of Najla

Salam...

Dah lama aku tak update pasal baby princess aku tuh kan,eh bukan baby la skunk ni da TODDLER...hahahaha...25 Mac 2011 yang lepas , Najla sudah berumur 1 TAHUN!!!
Maaf lah sebab aku lambat update pasal ni sebab kekangan waktu yang membataskan aku untuk mengadap blog ini..huhuuh..

Tak sangka begitu cepat masa berlalu dan sekarang Najla dah pun berumur 1 tahun...Alhamdulillah,aku bersyukur pada Allah s.w.t kerana telah memberikan hadiah paling bermakna dan paling istimewa dalam hidup aku. 1st time aku pegang Najla selepas bersalin aku rasakan akulah manusia yang paling gembira dan paling teruja bila ada Najla berada dalam ribaan dan pelukanku.. Sampaikan aku tak sanggup nak berenggang dengan Najla..

Sempena Hari Jadi Najla yang pertama,mari aku bawa korang mengenali si kecil molek yang bernama NUR NAJLA MAZALAN.. =)



Masa ni da nak dekat2 bersalin la...tgh tunggu hari..

Usia Najla 1 hari...

Najla da 1 bulan..time ni on the way pergi klinik untuk cucuk..

Da bole pegang puting sendiri


sewaktu majlis belah mulut..

Hari Cukur Rambut Najla dan Ilham


Rambut Najla direnjis2 dengan air mawar..

owh...sangat jeles dengan diri sendiri kerana tika ini kurus dari sekarang

Ibu dan Ayah sayang Nur Najla..

Najla pandang ibu kenapa sayang?

Najla dan TokBa..

Najla dan Ayah Chik..

Baby Najla on pink..

Time raya 2010

Najla balik kampung

Najla da pandai meniarap

Najla pergi Flora and Fauna kat Putrajaya

It's me Najla..=)

bermandi-manda bersama Fizi..

pandai tak buat mimik muka

tgh pujuk mintak buatkan susu

makan sumi dengan ayah

Najla senyum


Sebenarnya banyak lagik gambar yang aku nak share dengan korang,tapi kene tunggu kelapangan yang ada lah sebab nak upload ni da satu hal..dengan kerja yang menunggu ni pon satu hal jugak..Sori ye guys...


*nanti aku share dengan korang gambar Bufday Party Najla..=)













Tuesday, March 15, 2011

RAHSIA BESAR???

Rahsia Tsunami di Jepun...

Salam...Entry kali ni aku copy dari seorang blogger Azmie..mengenai Rahsia Besar terjadinye Tsunami di Jepun baru-baru ni..Aku pon xnak celoteh panjang,so korang bacalah artikel ni erk..Renung-renungkanlah....

1. tarikh kejadian pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 32.
3. Jawapanya Juz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.
Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".


2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 36, Longtitude 138.. so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 32 so di pecahkan lagi 32 ,so now secret no adalah 3.
-
-
-
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 1432, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 14 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam