Wednesday, April 28, 2010

Kehidupan lama dan baru - Ep. 1

Bermula sebagai bayi kemudian menginjak menjadi kanak2 dan meningkat remaja seterusnya bergelar seorang isteri dan kini menjadi seorang ibu kepada anak yang begitu comel dan indah..=)
Begitulah fasa kehidupan setiap manusia di dunia ni...bukan begitu?? =) dan aku lalui semua fasa kehidupan ini dengan pelbagai kenangan manis dan pahit...pelbagai dugaan dan cabaran..Alhamdulillah aku dapat lalui semuanya dengan tabah dan sentiasa berserah kepadaNya..Namun kadang2 aku bukanlah insan yang kuat tuk menghadapi dugaan yang datang dariNya tetapi aku sedaya upaya tuk mengharunginya dan aku tahu Dia sentiasa berada disisi hambaNya..=)

Mengimbau kembali pada kenangan ketika aku masih bayi,mengikut cerita ibuku ketika aku berusia 8@9 bulan (aku pun tak pasti dan tak ingat..hehehe) aku pernah tertelan duit 5 sen..Waktu tu aku didalam jagaan Mak Ngah aku (iaitu kakak kepada ibuku)..al-maklumlah masa tu kan masih bayi so asyik mengutip jela kerjanya..orang lain makan nasi aku makan duit...hehehehe..Sambung balik cerita tadi, aku dikejarkan ke hospital dan doktor memberikan ubat agar mudah bagi aku tuk membuang air besar..bila dah "u-uk" jek..haaa...kuar terus 5 sen tuh...hehehehe...kelakar bila ingat balik cerita ni...kalau ada budak datang umah ibubapaku dan dorang main duit syiling mesti kisah aku akan dibongkarkan..huhuhu...=)

Ada lagi kisah yang boleh meragut nyawa aku...ketika tu aku da besar sikit..dalam 2@3 tahun..waktu tu popular dengan kolam yang kita tiup tu kannn...haaaa...yela nak mandi kolam kat hotel susah,takkan nak kena pergi hotel setiap kali nak mandi kolam kan...kopak la duit ayah aku...hehehe...so,parents aku belikanlah kolam tiup tuh untuk aku dan adik aku...nak dijadikan citer ader satu hari aku boleh terlangkup ke dalam kolam tuh..kira kepala kat dalam air la..bila ibu aku sedar dan keluarkan aku, muka aku time tu da biru..pucat abis ibu aku..
huhuhu..Bila ingat kejadian tu,aku sangat2 bersyukur kerana Allah masih meminjam aku nyawa untuk meneruskan kehidupan aku di dunia ini..Alhamdulillah

Peras Ugut? Huh..aku pernah kena peras ugut...tahun 2007..di bus stop taman muda,batu caves.
Waktu tu aku dengan my bff, Norlina Zainul Abidin..Tujuan kami ke sana kerana ada hal di kolej. Sewaktu turun dari bas tak tahu kenapa aku asyik pandang satu kereta waja berwarna silver..tapi aku takde pape perasaan la time tu..cume memandang saja dan nak dijadikan cerita time turun bas tu aku tengah pegang handphone Nokia Express Music..ok,setelah selesai di kolej kami pun nak balik la..tunggulah bas kat bus stop...tengah dok borak2 sambil tunggu bas,tiba2 sebuah kereta waja berhenti betul2 depan kami..keluar sorang lelaki dari perut kereta dengan memegang sebilah pisau rambo terus menghampiri aku dan letak pisau tersebut betul2 di atas pergelangan tangan aku..Ina sempat lari tapi tak jauh dari aku..lelaki tersebut peras ugut untuk sebuah handphone...hanya sebuah handphone..dia tak minta duit...dia hanya nak handphone aku jek!! tanpa berpikir apa2 aku terus menyerahkan handphone aku pada lelaki bangang tu! aku baru jek beli ok..guna duit sendiri..baru pakai tak sampai sebulan..Bila da dapat handphone lelaki bangang tu terus lari masuk dalam kereta dan kawannya pecut laju giler..dan aku? Sedang menggigil ketakutan..Korang bayangkan PISAU RAMBO kat tangan korang dan kalau korang tak bagi apa yg lelaki bangang tu nak apa akan jadi kat tangan korang! Huh! Ina call ayah aku dan bagitahu apa yg berlaku..bila ayah aku call number aku ada orang angkat tapi tak bercakap dan ayah aku dengar bunyi bising..bila ayah aku call kali kedua terus talian ditamatkan..dan tak dapat dihubungi lagik..terus ayah aku contact Maxis dan blok sementara number aku..masa on daway balik dalam KTM aku masih menggigil dan menangis...Sekali lagi aku hampir hilang nyawa dan aku bersyukur aku masih diberi kesempatan untuk hidup di muka bumi ini..



Well,ada lagik cerita mengenai kehidupan aku dan kita akan bersambung di Episod 2 ok...Jumpa korang lagik...Daaa...=)

No comments:

Post a Comment