Wednesday, April 21, 2010

Nur Najla binti Mazalan


Salam...Nur Najla...itulah nama yang aku dan hubby namakan pada baby perempuan kami..bermaksud Nur (Cahaya) Najla (Mata yang menawan)...Aku memang minat dengan nama ni dah lama..Since aku baca satu novel dari Alaf 21..hehehe...berminat sungguh aku dengan nama Najla..Masa aku baca novel tuh aku pun tak kahwin lagik tapi dah berangan kalau dapat anak perempuan aku nak bubuh nama Najla..hehehe...akhirnya impian aku menjadi kenyataan...bercakap tentang impian..alhamdulillah, dah setakat ni 2 impian aku dimakbulkan oleh Allah s.w.t....1) Berkahwin dengan lelaki yang menyayangi dan mencintai aku lebih dari aku mencintai dia..2) Mempunyai baby yang comel...Aku betul-betul bersyukur atas segala rezeki yang telah diberikan kepada aku..=)

25-4-2010 hari tu Najla genap da 1 bulan dan 26-4-2010 kena pergi Klinik Kesihatan Presint 9 sebab nak kena cucuk..hehehe...tapi Najla anak yang baik,hari tuh kena cucuk nangis sekejap jek..lepas tu senyap..hehehe..kali ni cucuk pon same gak mmg nangis kuat masa nurse cucuk tp elok jek jarum keluar Najla pon benti nangis..nangis sekejap jela...anak ibu baik kan...

2 minggu lepas Najla kuar dari hospital Najla kena masuk hospital balik..sebab ada kuning..ini pun sebab nurse datang melawat rumah kemudian dia cakap baby ada kuning dah ni..kena cepat-cepat pergi klinik amik darah nak tengok tahap kuning baby tinggi ke tak...masa pergi klinik Najla pergi dengan ayah and tokma dia..ibu kena lah tunggu kat rumah...seksa betul nak menunggu dorang balik dari klinik...tunggu punya tunggu dalam tengahari nak dekat jam 1 dorang pun balik...masuk-masuk jek rumah,hubby suh bagi Najla minum susu dulu...aku pun bagi jela..pas tu hubby suh makan pulak..aku pun makan..tengah dok makan tuh,aku tengok hubby kemas-kemas barang..aku dah jadi pelik dan tak sedap hati..ah,sudah ni mesti ada yang tak kena dengan baby...aku diam lagi..bila dah habis makan, barulah dorang cakap yang baby kena tahan kat wad sebab kuning dia agak tinggi..bacaan masa tuh 355..aku rasa dah nak menangis dah.. aku masuk bilik kebetulan hubby aku ada dalam bilik..aku menangis puas-puas,aku tanya kenapa tak bagitahu awal-awal..aku agak marah jugalah..=(

Bila semua dah siap,kami pun bertolak pergi ke Hospital Putrajaya..Kat sana aku dan baby ditempatkan di Wad 2C..mujur aku dan baby diletakkan satu tempat senang untuk aku lihat dia..dan memang patut pun kami diletakkan satu tempat sebab mudah bagi aku nak bagi susu..Najla diletakkan dalam baby coat tanpa berpakaian hanya memakai pampers dan mata Najla ditutup agar tidak terkena cahaya dari lampu biru...lampu biru mengeluarkan haba agar Najla rasa haba dan kuning akan hilang..tapi kesian aku tengok dia dalam keadaan begitu..mesti dia rasa tak selesa bila mata kena tutup..Hari pertama Najla sangat baik..dan nampak perubahan..ujian darah pun menunjukkan kuning dah berkurang kepada 277..aku berasa sangat gembira..tapi Najla kena bermalam lagi 1 malam..kerana doktor akan benarkan Najla pulang bila tahap kuning Najla da berkurang sehingga 230-240...Hari kedua Najla mula meragam taknak duduk dalam babycoat..Najla nak berkepit dengan ibu dia..huhu..terpaksa aku tidokan Najla atas katil aku..bila baring atas katil aku baru Najla tido lena..agaknya dia nak rasa badan ibunya kot kan..itulah tandanya ikatan ibu dan anak begitu kuat..=) Sayang anak ibu!

Sekarang ni Najla da pandai buat macam-macam ragam...yang jelas sekali pukul 1 pagi Najla akan bangun sampai pukul 3 pagi...setiap hari Najla buat macam tu..Najla da puas tido siang lepas tu pagi-pagi buta Najla tak bole nak tido da..Najla bangun pun sebab nak susu..lepas tu nak berkepit dengan orang...orang kene pangku dia..layan dia pagi2...hehehehe...macam-macam lah anak ibu ni..buat masa sekarang ni takpe lagik ibu tak kerja..kalo ibu dah kerja macam mana sayang...aduhhh...mau ibu tertido kat opis nanti..hehehehe...



No comments:

Post a Comment