Sunday, April 18, 2010

Menjadi Seorang Ibu



Menjadi seorang ibu adalah impian setiap wanita didalam dunia. Tipulah kalau kita tak pernah impikan seorang bayi yang comel dalam dakapan kita. Aku adalah salah seorang wanita yang mengimpikan untuk menjadi seorang ibu yang baik pada anakku.
Tanggal 18/8/2009 aku disahkan mengandung apabila aku membuat urine test kedua sendiri di rumah, kerana pada kali pertama aku buat urine test dan keputusannya menghampakan aku. Namun aku tak berputus asa jadi aku lakukan kali kedua dan keputusan yang aku dapat sangat menggembirakan sehingga mengalir airmataku. Aku dan suami bakal menjadi ibu bapa tidak lama lagi. =)
Siapa yang tak gembira bila tahu ada nyawa lain ada dalam perutku. Mulai saat itu aku berjanji akan menjaga diri demi nyawa baru yang aku kandungkan. Aku akan menjaga segala pemakanan dan tingkah laku. Kata orang-orang dulu,sepanjang mengandung ni kene jaga tingkah laku dan percakapan. Jangan mengata orang lain, takut nanti terkenan kat anak dalam kandungan. Masa tu nak percaya ke tak 50-50..huhuhu...tapi rasa-rasanya reason semua2 ni tak kiralah samada kita tengah mengandung atau pun tidak,kan tak elok mengata orang..

Mostly wanita mengandung mesti mengalami alahan dan masing2 mengalami alahan yang berbeza-beza. Aku juga seperti wanita mengandung yang lain,cuma alahan yang aku alami tidaklah teruk sangat. Aku alami alahan masa kandunganku berusia 1bulan,time tu pulak bulan puasa..aduhai rasa macam tak larat giler nak puasa..sebab apa yang aku makan terpaksa aku luah balik sebab tekak tak boleh nak terima langsung.. bole dikira aku ni tak makan langsung la sepanjang bulan puasa tuh..masa gi checkup berat badan aku turun 4kg...fuhhhhh...hebat tak...hehehehe...aku excited time mengandung ni bila nak tengok perut aku maju ke depan...hehehe...tapi disebabkan kulit perut aku tebal jadik perut aku tak nampak sangatlah...masa kandungan usia 6bulan orang lain tengok dan dorang cakap "eh,tak nampak la perut kau,macam 4bulan jek"....walau besar atau kecil mana perut aku,janji anak dalam kandunganku sihat pun sudah mencukupi...=)

Sepanjang aku mengandung,aku mengalami masalah tekanan darah yang tidak menentu..Masa awal2 kandungan tekanan darahku masih stabil sehinggalah kandunganku mencecah usia 6bulan darah tinggiku mulai naik dan tidak menentu..yang peliknya kalau cek di rumah tekanan darahku normal tapi bila jumpa nurse mesti tinggi,nak kata berdebar2 takde pun...biasalah tu kan...saja je nak menduga aku...hehehe...

Suamiku boleh dikira beruntung sebab masa aku mengandung, aku sangat-sangat lah tidak cerewet bab makanan dan aku tak pernahlah nak ngidam makan yang pelik2...huhu...bukan nak puji diri la erk..tapi hakikatnya memang macam tu..hehehe...Alhamdulillah...semua makanan aku boleh telan kecuali makanan yang tajam2 tuh memang la aku kene pantangkannn...Pernah sekali ibu aku masak gulai ketam, lepas tu aku cakap dengan ibu "kalau ada nenas ni mesti lagik sedap...ehehhehe" ibu balas balik "sabar....sekarang mana boleh...tajam...kesian kat anak tuh"...aku tahu...cuma time mengandungkan macam2 nak...huhuhu...tapi demi anak dalam kandungan aku ni aku tahan jugak...=)

Masa checkup aku yang ketiga terakhir, doktor suruh aku admit kat Hospital Putrajaya 28-3-2010...sebab due date aku 29-3-2010..doktor kata nak induce aku dalam kata erti kata lain dorang nak paksa aku bersalin oleh kerana aku mengalami tekanan darah yang tinggi, takut aku kena sawan masa bersalin..aku dengar jek perkataan SAWAN terus aku berdebar...Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan hambaMu...Kau permudahkanlah ketika hambaMu bersalin..23-3-2010 aku pergi checkup lagi,tak sangka itulah checkup aku yang terakhir,kali ni lain pulak doktor cakap..doktor suruh aku admit 24-3-2010 kat hospital. Esoknya aku ditemani oleh suamiku dan ibubapaku untuk "check-in" hospital..huhu..Ingatkan pergi awal boleh "check-in" awal,rupa-rupanya tak jugak..sebab pendaftaran kata katil dah penuh that time..so,tak boleh nak masuk lagik..aku ingatkan semua dah siap tinggal masuk jek..dan bila aku tengok waiting list,nama aku no.7...huhuhu...ada akak tuh datang pukul 9 pagi pun masih tak dapat katil lagik...huh! Aku ambil keputusan tuk stay sampai ada katil..nak balik umah,risau pulak takde parking pulak..akhirnya penantian aku berakhir pukul 4 petang,bila pendaftaran panggil aku tuk "check-in"...
Aku ditempatkan di wad 2B katil no 20...Doktor jumpa aku dan bagitahu yang aku akan di"induce" esok yakni 25-3-2010 pukul 6.30 pagi,sebab dah tak sempat nak induce hari aku masuk sebab dah petang sangat..terpaksalah aku bermalam seorang diri di hospital tanpa ditemani oleh suamiku...nasib bailah bilik aku tuh berkongsi dengan lagi 3 orang pesakit...kalau tak sunyinyeeeee...huhu...

25-3-2010,jam 6.30 pagi,aku di panggil oleh nurse untuk pergi ke bilik prosedur..aku takut betul nak kena induce...ada akak kat opis aku cakap member dia kena induce dengan masuk air kat tangan..kalo macam tu takdelah aku takut sangat..tapi bila aku masuk bilik tuh takde pun botol air kat dalam bilik tuh..aku dah cuak dah...lepas tuh doktor datang and her said "ok puan,saya akan induce dengan masukkan ubat ni melalui bawah ye.."..aku dengar perkataan BAWAH haaa!!! Macam mana tuh?? Aku redha jela apa pun doktor tuh nak buat..dalam masa 5minit jek aku jumpa doktor untuk masukkan ubat tuh...bila dah masukkan ubat tuh barulah aku dapat rasakan kesakitannya tapi tak kuat sangat...masa nie lah ibu suruh aku berjalan tanpa henti supaya baby cepat turun..dan suamiku menjadi peneman setia aku "tawaf" wad tuh berkali-kali sampaikan dah tak larat aku nak jalan lagi...pukul 4.30petang aku nak pergi toilet,tiba-tiba suamiku kata "yang...ada darah kat kain tuh..."...aku pun cepat-cepat pergi toilet,memang betul da keluar darah,lepas tu kebetulan doktor suruh aku pergi bilik prosuder lagi sekali sebab nak tengok bukaan jalan dah bukak berapa cm dan nak masukkan ubat kedua...bila doktor cek dia kata dah 4cm bukak..lepas tuh doktor kata tak jadi nak masukkan ubat kedua sebab kalau masukkan nanti cepat sangat bersalin...oleh kerana aku sudah pecah darah jadi doktor pecahkan air ketuban aku..time tuh aku nampak doktor pegang yang macam cucuk sanggul tuh,muka aku da pucat giler! Agaknya doktor paham apa yang aku rasa dia pun memberikan kata-kata penenang "awak jangan risau,awak takkan rasa apa-apa masa saya cucuk ni"...memang betul kata doktor tuh,tahu-tahu jek aku rasa air panas..huhuhuhu...dan doktor suruh aku pergi labour room masa tu jugak..aku ingatkan terus pergi labour room...rupa-rupanya kene amik darah dulu...dah la aku ni susah nak amik darah,bukan sebab takut jarum..masalahnye urat susah nak jumpa..al-maklumlah orang yang badan "senang hati" macam aku ni agak payah nak cari urat...hehehehe....3 kali doktor tu cuba baru dapat...haaa...time ni menghayat hati sikit sebab nak ke labour room tuh aku dengan nurse jek..suami aku and ibubapa aku tidak dibenarkan ikut jalan yang sama...time nak naik lif mula lah drama swasta...menitis airmata aku minta maaf dari suamiku dan ibubapaku...memang sangat-sangat sedey giler time tuh....

Aku sampai di labour room jam 6.00 petang,aku kene tukar baju dulu lepas tuh nurse suruh baring atas katil...lepas tu nurse masuk balik dan masukkan air...masa kat labour room ni lah kesakitan aku makin terasa...Ya Allah,time tuh hanya Tuhan je yang tahu kesakitan yang aku alami...tiba-tiba teringat beginilah rasanya ibu msa lahirkan aku....kesakitan makin terasa dan sekejap-sekejap...masa tu nurse bagitahu "setiap kali sakit sedut gas ni ye...nanti sakit tu akan kurang..."...aku pun pegang benda tu sepanjang masa...asal sakit aku sedut...nasib baik suamiku ada disisi menemani aku dalam labour room..kalau tak mahu aku meraung...dengan rasa kehausan di tahap maksimum sebab asyik dok sedut gas jek mau tak haus...bila aku minta air kat nurse dia kata mana boleh,air da masuk banyak da...aku cakaplah yang aku haus sangat..dia kata tahan sikit je,nanti dah lepas bersalin baru boleh minum...aku rasa nak menangis dah time tuh...
Ada lagi satu benda yang buat aku stress time nak bersalin ni...haaaa...tiba-tiba masuk 4 orang bakal doktor masuk dalam bilik aku...boleh pulak nak interview aku time aku tengah sakit-sakit ni...adusss...agaknya aku ni sorang yang penyabar aku pun layankan aje soala-soalan dorang tuh..sabar jela....

Tepat pukul 8.15 malam...aku dah tak tahan lagi dah..aku panggil nurse dan cakap yang aku dah rasa kepala baby kat bawah dah nak terkeluar dah...nurse kata nanti dulu sebab doktor nak cek bukaan jam 8.45 malam sebab time tuh bukaan aku baru 5cm..nak kene tunggu sampai 10cm...aku sampai marah nurse tuh aku cakap aku dah tak tahan...baby nak keluar dah..lepas tuh barulah tergesa-gesa nurse tuh panggil doktor..haaaa...masa tuh aku nampak doktor lelaki berdiri depan aku...haaaa??? doktor lelaki yang akan sambut anak aku??? tapi betul kata orang,kalau dah sakit doktor lelaki ke perempuan ke dah tak hirau dah...asalkan semuanya cepat selesai..dan ada 3 orang bakal doktor perempuan yang turut ada dalam labour room untuk membantu doktor lelaki dan memberi support pada aku..mengikut apa yang suami aku cerita,dia kata memang time tuh dah nampak kepala baby..huhuhu...aku dengar doktor-doktor tuh jerit "bagus ila...bagus..sikit lagik..."aku teran 3-4 kali akhirnya penantian aku dan suamiku selama 9bulan menjadi kenyataan...anak perempuanku selamat dilahirkan tepat pukul 8.39 malam pada 25-3-2010 dengan berat 2.76kg..lepas sakit bersalin,aku kene menghadapi kesakitan bila doktor jahit di bahagian bawah..masa tuh dah tak ada rase malu,apa yang penting aku nak cepat-cepat balik wad dengan baby aku...aku rasa jahit lagik sakit daripada meneran...huhuhu...3 lapis tuh doktor jahit...dan banyak kali jugak lah aku menanyakan "dah abis jahit ke doktor?"...doktor tu pulak tak jemu-jemu jawap soalan aku "sikit lagik ye"...heheheh... Aku nak ucapkan terimakasih pada doktor yang menyambut anak aku...Dr.Suki..dan kepada bakal-bakal doktor yang memberi support yang sangat baik pada aku...aku doakan kalian berjaya menjadi doktor nanti...hehehe...

Jam 1 pagi baru aku dan baby dibenarkan balik wad...ibu dan suamiku pun tunggu sampai aku balik ke wad..waktu tuh baby taknak jauh dari ibu dia..so,terpaksalah berkepit..ibu aku risau takut terhimpit..ibu siap pesan kat nurse pasal hal tu..tak lama lepas tuh nurse masuk dan bawak baby keluar sebab baby asyik nangis tak nak tido..baby diletakkan di bilik baby..dan aku pun terlelap kerana terlalu letih...esok pagi aku bangun dan bersihkan diri..dan nurse hantar baby kepada aku untuk disusukan...mula-mula aku nak menyusukan baby agak susah sebab puting tenggelam so baby tak dapat nak hisap..tp nurse kata takpe cuba selagi boleh...jangan bagi minum susu botol takut nanti baby mengalami "keliru puting" pulak...Bila baby dah kencing,dah berak...baby pun ok,takde masalah..aku pun takde masalah so doktor dah benarkan aku pulang...Ya Allah,rasa GUMBIRA yang teramat sangat!! hehehe...akhirnya dapat balik rumah...aku dan baby sampai rumah jam 6.50 petang...

Bermulalah tanggungjawab aku sebagai seorang ibu dan aku berdoa agar anak aku sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t dan aku juga berdoa agar aku dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik..Amin...




No comments:

Post a Comment