Thursday, March 31, 2011

Giveaway Ezan yang ke 2


Salam...Haaa...ni nak bagitahu Ezan Si gadis Header Design ni buat giveaway lagik...hehehe..masa dia buat yg first dulu aku ader jugak masuk tp tak menang...(sedey...) ni nak try kali kedua pulak...Kalo korang nak join bole aje...



Kenapa aku suka follow blog Ezan ni??

Sebabnyeeeee seperti berikut:

  • Aku suka tengok semua design-design header yang Ezan buat..Comel-comel seperti tuannya..Kalo nak tau header aku ni pon Ezan jugak yang buatkan..besh and comel kan?
  • Aku suke bila Ezan buat entry pasal makan...memang menggiurkan setiap kali beliau cerita pasal makan2 ni..
  • And,aku suka bila dia cerita pasal kucing dia yang sangat gebu sebab aku pun peminat kucing cuma aku tak buat entry pasal kucing ni kerana kucing aku sekarang tak lekat kat umah almaklumlah kucing jantan..
Haaaaa...inilah antara sebab2 kenapa aku suke follow blog Ezan..
So harap2 kali ni aku pulak jadi pemenang..hehehhe


Thursday, March 17, 2011

The Journey of Najla

Salam...

Dah lama aku tak update pasal baby princess aku tuh kan,eh bukan baby la skunk ni da TODDLER...hahahaha...25 Mac 2011 yang lepas , Najla sudah berumur 1 TAHUN!!!
Maaf lah sebab aku lambat update pasal ni sebab kekangan waktu yang membataskan aku untuk mengadap blog ini..huhuuh..

Tak sangka begitu cepat masa berlalu dan sekarang Najla dah pun berumur 1 tahun...Alhamdulillah,aku bersyukur pada Allah s.w.t kerana telah memberikan hadiah paling bermakna dan paling istimewa dalam hidup aku. 1st time aku pegang Najla selepas bersalin aku rasakan akulah manusia yang paling gembira dan paling teruja bila ada Najla berada dalam ribaan dan pelukanku.. Sampaikan aku tak sanggup nak berenggang dengan Najla..

Sempena Hari Jadi Najla yang pertama,mari aku bawa korang mengenali si kecil molek yang bernama NUR NAJLA MAZALAN.. =)



Masa ni da nak dekat2 bersalin la...tgh tunggu hari..

Usia Najla 1 hari...

Najla da 1 bulan..time ni on the way pergi klinik untuk cucuk..

Da bole pegang puting sendiri


sewaktu majlis belah mulut..

Hari Cukur Rambut Najla dan Ilham


Rambut Najla direnjis2 dengan air mawar..

owh...sangat jeles dengan diri sendiri kerana tika ini kurus dari sekarang

Ibu dan Ayah sayang Nur Najla..

Najla pandang ibu kenapa sayang?

Najla dan TokBa..

Najla dan Ayah Chik..

Baby Najla on pink..

Time raya 2010

Najla balik kampung

Najla da pandai meniarap

Najla pergi Flora and Fauna kat Putrajaya

It's me Najla..=)

bermandi-manda bersama Fizi..

pandai tak buat mimik muka

tgh pujuk mintak buatkan susu

makan sumi dengan ayah

Najla senyum


Sebenarnya banyak lagik gambar yang aku nak share dengan korang,tapi kene tunggu kelapangan yang ada lah sebab nak upload ni da satu hal..dengan kerja yang menunggu ni pon satu hal jugak..Sori ye guys...


*nanti aku share dengan korang gambar Bufday Party Najla..=)













Tuesday, March 15, 2011

RAHSIA BESAR???

Rahsia Tsunami di Jepun...

Salam...Entry kali ni aku copy dari seorang blogger Azmie..mengenai Rahsia Besar terjadinye Tsunami di Jepun baru-baru ni..Aku pon xnak celoteh panjang,so korang bacalah artikel ni erk..Renung-renungkanlah....

1. tarikh kejadian pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 32.
3. Jawapanya Juz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.
Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".


2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 36, Longtitude 138.. so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 32 so di pecahkan lagi 32 ,so now secret no adalah 3.
-
-
-
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3

proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.

*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6

*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 1432, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 14 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam

Monday, March 14, 2011

Busha Legging dan Baby Tight


Salam..

Hi uolsss...hari ni aku nak meniaga...iyelah kan sekarang ni ramai yang mencari peluang tuk menambah pendapatan masing-masing..maner nak cover bayar duit rumah,duit kereta,duit pengasuh,duit dapur,hutang PTPTN,hutang dengan mak...opppsss...ader erkkk? hehehehe..

Oklah taknak celoteh panjang lebar..Aku ni pon baru bermula jek nak buat bisnes online ni..insyaAllah kalau ader rezeki bertambah lah pendapatan aku...

Selamat Membeli Belah


size:

70=42cm(0-3m)
80=46cm(0-6m)
90=55cm(6-12m)
Harga : RM 11 - belum termasuk postage


size:

80 (6m-12m)
90 (12m-24m)
95 (24m-36m)
Harga : RM 8 - belum termasuk postage

Jika korang berkenan dengan maner-maner pilihan jangan lupa inbox i okey...ataupun korang boleh inbox kat FB aku..search Rusila Sazrin Ruslan...ok..



~Menarik di hati si ibu, tampak comel pada si anak~



Master Football Malaysia Cup



Salam

Hari ahad lalu bersamaan 13 Mac 2011 aku dan hubby pergi Stadium Putra,Bukit Jalil sebab aku dapat free ticket tuk menyaksikan perlawanan futsal yang melibatkan pesara-pesara dari team Malaysia,Manchester United, Liverpool dan EPL All Star..

Jom Layan gambar...

*kereta ManU...ko ader?? xder kannnn.....

*perghhhhh.......

*hubby tgh beratur nak redeem ticket...

*free ticket daripada HotFM....TQVM...jangan serik nak bagi free ticket kat saya ye...

*admire giler dengan team sorak ni...bersemangat giler...hubby kata dah lali dah dengan diaorang ni..sebab mana2 game jek memang muke dorang jek..

* seat penuh...

* team artis VS team DJ....Intan Ladyana,Serina,Linda Hashim,Ani Mayuni...and Team Artis menang!!

*team masing2 tengah warming up...

*Malaysia VS ManU...ManU menang...tapi semangat Malaysia kuat...


note: sangat seronok..mula-mula malas nak pergi..akhirnya aku tak menyesal pon pergi...huhu









Sunday, March 13, 2011

Bukit Merah Laketown Resort



Salam...

Entah kenapa hari ni aku rajinlah sangat update entry-entry yang da berkepuk dalam otak aku ni..haaa..ni barulah nak story moli kat korang semua...hhehehe..sori ye akak2..abang2..adik2 semua..

Oklah tak nak membebel banyak-banyak..entry ni pasal aku dan famili pergi bercuti kat Bukit Merah LakeTown Resort..masa cuti CNY...mula-mula balik kampung mak aku dulu kat Merbok,Kedah..So,alang-alang on daway balik KL singgah lah kat tempat percutian ni..Saja la nak bawak Najla jalan-jalan..

Let's Enjoy!!
* hepi sebab dah sampai...hehehe

*kami menginap kat sini...=) Quiet ok la bilik kat Suria Apartment ni..kalau sekadar nak bermalam 1 @ 2 malam ok jek..tak lah teruk maner pun..

* yeeee...Najla da tak sabar nak mandi kolam..punyelah suke dapat masuk air...

*asik pandang belah sana sebab kat sana ramai kakak2 abang2 dok main air renjis2..

* dengan Tokba....

* dengan Ayah...

Tapi kitaorang kene balik tengah malam hari yang sama sebab Pak Ngah aku a.k.a adik ayah aku masuk Wad ICU kat Hospital Ampang dan arwah pergi meninggalkan kami tanggal 07 Februari 2011 ..Semoga arwah berada disamping orang-orang yang beriman..Al-Fatihah...




RM 8.20??

Salam....

Korang makan kat mana tengahari tadi?
Aku ngn opismate aku (seramai 5 orang) pergi makan kat satu restauran di Sungai Merab Dalam,Bangi..Mula-mula pergi hantar kereta Fatma kat car wash.. Dek kerana keretanya dah macam kulit zebra dah aku tengok..Dan kitaorang pon asik dok bising kat dia suruh pergi basuh kereta..Naik hitam dah kereta dia...Dahla kereta warna putih..

After send her car at car wash,kitaorang pun pergi la restauran ni nak mengisi perut yang sedang berlagu kelaparan...

Menu aku : Nasi putih (separuh)
Ayam goreng (kecik...)
Sayur kangkung (sikit sangat aku amik)
Telur asin (nasib baik masin)
Sambal belacan (sikit jek..)
Kuah gulai lemak
Air sirap laici
Harga untuk nasi + lauk = RM 5.70
Harga untuk air = RM 2.50
Jumlah = RM 8.20

Cekik darah ke tidak harga macam tuh...aku tak kisah ko nak upgrade kedai ko macam istana ke restauran 4 @ 5 bintang ke tapi kalau harap kedai jek lawa tapi makanan macam biasa-biasa jek dan harga pulak mahal...ermmmm...itulah kali terakhir aku pergi kedai ko...harap maaf la..ko dah hilang satu pelanggan ko...huhu...aku tau ko pun mungkin akan cakap "ala...tak kisah pon..ramai lagik pelanggan aku"...takpelah kalau itu kata ko..tapi fikirlah,patutnya orang melayu tolong orang melayu...ini tak...


Gegaran dan Tsunami = Bencana Alam




Salam

Rata-rata sekarang ni orang tengah dok kecoh pasal gegaran dan tsunami yang melanda negara Jepun kan..Masa mula-mula aku tengok video dan gambar dekat blog Joegrimjow,sangat-sangat menakutkan..

*ombak besar yang meranapkan negara jepun

*apa rasanya bila kita dalam situasi begini??



Walaupun aku tak pernah ada pengalaman pasal tsunami tapi aku ader pengalaman la mengenai gegaran ni..Korang Ingat tak masa tahun 2004. Tsunami melanda Acheh,Indonesia..Kan gegarannya terasa juga kat Malaysia..

Aku ingat lagik,waktu tuh aku duk hostel kat Taman Melati,Gombak..time tu pulak exam so aku dan member-member rumah tengah study la..dah la exam pagi esok pulak tuh..Masing-masing kat port study masing-masing la kan..ader yang study kat meja,ader yang study kat balkoni,ader yang study dalam bilik..dan aku pulak study atas katil..masa tuh pakai katil double decker..aku duk belah bawah sorang,kat atas ada member aku 2 orang..tangah dok kusyuk aku study tetiba katil tuh bergoyang macam orang pegang tiang katil pastu kasi gegar kan..aku pon duk ingat member aku la yang dok goyang-goyang katil tuh..bila tanya dorang ingatkan aku yang goyang..arghh sudah..aku da risau..pastu lari keluar bilik tanya member-member yang ada kat luar..dorang pon rasa benda yang sama...

Kitaorang tak amik masa yang lama,masing-masing capai tudung amik wallet and handphone terus turun bawah guna tangga...Mana leh guna lif dalam keadaan berbahaya ni...bayangkan dari tingkat 10 tuh kitaoang turun berderu-deru kebawah...bila sampai jek kat bawah memang ramai la yang bersidai sambil dok bercerita hangat pasal gempa bumi yang baru berlaku...

So,dalam sedar tak sedar dah lebih 6 tahun peristiwa tuh berlaku..dan pada tahun 2010 berlaku juga gegaran kecil tapi kali ni di Putrajaya..Gegaran berlaku antara jam 5petang dan 6petang..aku pulak baru jek balik dari kerja..Selalunya balik jek kerja aku terus baring kat sofa mengadap TV..tengah-tengah baring tetiba kerusi yang aku dok baring tuh bergerak macam ada orang tarik-tarik tau..aku dok tengok husband aku kat dapur..aku dah cuak..adoii..sapa pulak yang "kacau" aku ni...aku menjerit panggil husband aku..bila aku terpandang akuarium ikan air bergoncang sampai tumpah..husband aku pun berlari ke tempat aku..dan kitaorang tengok luar bangunan da bergerak ke kiri ke kanan..aku pening jap masa tuh...Jantung aku da berdegup kencang da..terus aku capai tudung and amik handphone serta purse,terus turun bawah..sekali lagik turun dari tingkat 12 pulak..huhuhu..sampai jek bawah aku tengok penghuni kat tingkat 2 - 5 ada yang tak turun..mungkin jugak dorang tak rasa gegaran tuh...

Tapi still aku merasa jugaklah bagaimana orang yang kat negara2 yang dilanda gempa bumi ni..

Sekarang ni kita berdoalah semoga mereka yang berada di Jepun selamat dan pada ahli keluarga yang terkorban takziah diucapkan..


Thursday, March 10, 2011

Nama I naik....

Salam...

Hai just nak bagitahu nama Cute Mommy masuk dalam senarai nama-nama yang masuk GIVEAWAY BY EZAN...hehehhe..sukenye i...Menang @ Kalah itu belakang kire..kalau ader rezeki Alhamdulillah,kalau tak ader bukan rezeki aku lagik tuk menang..ye tak...huhu...

Sila la jenguk kat link ni erk...



Bye...bye...

Tuesday, March 8, 2011

Tips - Didik Anak

Salam...hai semua...firstly nak ucap terimakasih banyak2 pada owner BICARA HATI SANG PUTERI kerana membenarkan aku untuk copy and paste artikel yang sedikit sebanyak dapat memberi info yang baik pada kiter semua khususnya kepada kaum mommy daddy la kan..Artikel ni mengenai TEKNIK JEPUN SHICHIDA METHODS iaitu merangsang penggunaan otak sebelah kanan agar lebih cekap.

Kita semua sedia maklum yang orang jepun lebih maju ke hadapan dari kiter di Malaysia ni..Tak kira dari segi apa pun mesti dia lagik maju dari kiter kan..Bukanlah niat aku nak condem bangsa aku sendiri..ini yang aku nak kongsi dengan korang semua macam mana nak didik anak kita dari kecil supaya bijak seperti orang jepun..Tak salah kiter cuba cara macam mana dorang didik anak-anak dorang dari kecil lagi..

Meh sama-sama kiter baca kisah di bawah ni.......


"beberapa minggu lps, boss aku ada cakap kat aku yg die nak antar anak die 2 tahun pergi kelas Sichida ..yakni kelas yg diuruskan oleh jepun melatih anak2 berfikir mggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih effektif sbnrnye dr otak sebelah kiri tapi kena practise sikitla penggunaanye. kelas ni mahal nk mampus, ,,bla..bla..bla....

dipendek'n citer, aku pon nak kowang practisekan benda ni kat anak korang, sbb baru seminggu aku buat kat anak aku..dah nmpk keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nk tido atau tido2 ayam, ckp kat die dgn sepenuh ati dan sejujurnye yg kite syg kat die, die budak baik, die anak soleh, die budak kuat, tak sakit, die budak pandai, etc. sebab during tido2 ayam ni, otak kanan sdg bekerja, otak kiri dh tido dh....erm, boleh gak practisekan kat Hubby ke, tp kena wat seikhlas ati...klu tgh marah, xjadi. klu anak kowang tu dh tido, ramas2 jari atau tgn die, mcm picitla supaya die kembali berada dlm tido2 ayam punyer situation.

2. Start guna cards utk ajar anak. Buat kad byk2 dan tnjuk kat diorg cepat2.macam..a..b..c...d...e..., InsyaAllah cepat die dapat sebab bile kite tnjuk kad laju2 atau cepat2, otak kanan die bekerja keras utk tangkap ape benda yg kite tnjuk tu...kite leh wat kad 1,2,3, gmbar2...potongla gambar kat mane2 etc...guna English jgn guna Melayu....huhuhu...

3. Gerak kerja tgn adalah hasil dr otak kanan, so ajar anak kowang main tanah liat, main water color, melukis, gunting kertas, origami etc. memang le kite yg yg kena mngemas tp xpe...satu lg cube kowang lukis gmbar, contohnyer rama2, tp sebelah jew dan swuh diorg smbung lukis ikut ape yg kowang lukis tu kat sebelah lagi....ini pon dpt mengaktifkan penggunaan otak kanan...
kowang tau kenapa cina ngan org jepun bijak? sebab diorg makan guna chopstik, chopstik tu mengaktifkan kerja tgn and as well gerak'n otak kanan.

4. Jgn marah2 atau tengking anak....sebab diorg boleh simpan semuanye dlm otak kiri...klu dh termarah diorg, pi balik cara No.1 tadi, and mintak maaf kat diorg...

5. Satu lg develop diorg punyer imagination by start bercerita dan swuh diorg smbung citer tu, walaupon citer tu mmg la merapu ,xper....

6. Main teka-teki ngan diorg, taruk satu brg dlm kotak tisu and swuh diorg teka.

Tapi ingat,,,,sume game yg kowang nk wat ngan anak2 cume bleh wat setengah jam je sehari, x payah lame2..kang klu lama2 jd cam Rajib plak..he...he....

Sebelum wat exercise ni, kena tarik nafas dlm2 and relax, x leh wat time tgh masak ka, basuh ka, tgok tv ka...x jadi....
Buat kena seikhlas ati dan merendah diri,,"


Senang jek sebenarnya nak ikut methods dorang,cuma malas atau rajin jek...kalo korang rajin,maka hasilnya pon akan buatkan korang tersenyum lebar melihat keberkesanannya kepada anak korang..kalo malas,nasiblah korang...huhuhu...


SELAMAT MENCUBA MOMMY DADDY!!

Monday, March 7, 2011

Giveaway by Ezan


Salam...hai uolssss...so how are u today? apa korang buat weekend yang lepas...akak korang ni balik kampung belah suami...sbb ayah mertuaku masuk hospital hampir 20hari plus plus...ok yg itu nanti aku update insyaAllah...

Sekarang ni nak citer pasal yang berkaitan dengan title aku...ye GIVEAWAY BY EZAN...



SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIIKUTI :

1) buat satu entry, dan letak title "giveaway by ezan" dalam entry tue, letak sekali banner yang dekat atas tue.

2) tak perlu nak follow-follow nie, tak wajib pun, cuma pastikan korang rajinlah singgah blog aku nie untuk tahu update pasal giveaway nie! lagi satu tak payah letak banner dekat sidebar korang okey :)

3) lepas dah buat entry semua, korang tinggalkan link dekat entry nie okey

4) giveaway nie akan berlansung selama 2 minggu sahaja. tarikh tutup ada dekat banner tue..



Thursday, March 3, 2011

Header baru

Salam....hye uolssss....cantik tak header akak korang yang baru ni?
hehehehehe....of coz la kan...haruslah dari siapa lagi kalau bukan cik Ezan manis kiter...

Sila la ke blog beliau tuk melihat hasil-hasil header yang kreatif ye...

*Kepada Ezan si manis thank you so much kerana buatkan header yang sangat comey tuk saya...


Tuesday, March 1, 2011

Terima Kasih Cinta

Salam...

Hai...sebenarnya excited nak menulis ni...hehehehe...
pukul 11.47pagi tadi I dapat call dari Leya HotFM (tetiba kemaruk nak cakap i la pulak)..

PANGGILAN PERTAMA

Leya : Hai..ni Leya dari Hot FM
aku : Haaa....ok2...
Leya : ok..u dapat tiket untuk teater Terima Kasih Cinta malam ni.
Aku : .....(speechless...xtau nak kata aper..tergamam)....ok2...
Leya : so,u nak 1 tiket ke 2 tiket?
aku: nak 2 tiket....(mulut tersengih2 macam kerang busuk..hahahha)
Leya: ok..nanti i call balik tuk confirmkan kat maner u kene amik tiket ye..
aku : Ok2...(tak abis2 OK dari tadi)
Leya: ok...bye...(suara dia sebenarnya sangat sweet)

PANGGILAN KEDUA

Leya: Hello..its me Leya...
aku : ye..saya...
Leya: ok,nanti u pergi kat tempat merchandise tempat yang orang jual barang2 TKC and u
sebut Terima Kasih Cinta Leya..ok..
aku: ok2..(mmg sangat speechless bile dgr suara Leya)
Leya: ok..see u..bye...
aku: byee....


Tak sabar nak tungu malam...and Najla kena ikut Tokma and Tokba pergi rumah Tok Anjang malam ni...huhuhuuh....