Tuesday, October 26, 2010

Kenapa Perlu Kebenaran?

Salam....

Frustnya pagi ni...Selalu rutin pagi-pagi ni buka PC layan Facebook dulu..tgk apa-apa yang terkini..then buka blog pulak...update cerita-cerita dari bloggers yang lain...

Tetapi bila nak buka blog Fida Aishah tak dapat...Memerlukan kebenaran untuk membaca..sedangkan sebelum ni ok jek..

Kenapa ni Fida? Jangan kerana kritikan orang yang tidak memahami apa yang berlaku terus awak lemah...masih ada ramai lagi kawan-kawan yang sanggup berdiri bersama-sama awak untuk mengharungi liku-liku kehidupan....

Hanya satu pesanan saya pada awak Fida...

Tabahkan hati awak...Kuatkan iman awak...Cekalkan semangat awak...
Dekatkan diri awak pada Yang Maha Mendengar...Pasti awak akan dapat lalui semua ini dengan ketenangan...

Ingatlah...bahawa orang yang sering diuji adalah orang yang dikasihi Allah s.w.t




pesanan ini juga buat mereka yang memerlukan.........=)

Monday, October 25, 2010

Apa Aku Buat Ketika Lunch Break?



Salam pada semua....

Entry kali ni aku nak share dengan korang semua apa aktiviti aku dan member-member kat opis buat waktu lunch kitaorang...hehehehe...

Permainan ni namanya DADU HIJAU...Cara permainan lebih kurang macam main SAIDINA...cuma ni lebih kepada memperkenalkan apa itu teknologi hijau...huhuuhuh...tak tahu macam mane rupanya game ni??? haaaaa...jenguk-jenguklah dibawah ni.....





inilah rupa bentuk game ni....

nama game DADU HIJAU


inilah tangan-tangan yang main game ni...

sekali lagi tangan-tangan ini muncul



Pertarungan hebat antara aku dan mek kelate ni, Azie....hehehehe

Cara balingan seorang JUARA!!


Asik ikut Azie jek ni....


Game ni boleh la dilakukan ketika kebosanan melanda diri kami ni...Tapi tadi memang pecah perut aku dibuatnya...Main game ni dengan Azie,Rina and Kak Shima memang tak sah kalau tak GELAK BESAR...ehehehhehe





lain kali nak main lagik laaaaa.....hehehehehe

Photoshoot secara spontan


Salam Satu Malaysia...Salam Kehijauan...

Cewah...berlainan sikit salam aku hari ni...saja nak jadik rakyat Malaysia yang berwibawa dan pekerja Teknologi Hijau yang berkarisma....hahahahhaha....apa yang aku merepek ni....

Kali ni takde pape sangat yang aku nak bebel kan...cuma nak kongsi satu gambar my little princess ni...Gambar ni diambil oleh jiran aku dan isteri dia...Tq En.Iqbal Osman dan Pn. Fhatiah Sariaat..Semuanya secara spontan...Ayah(panggilan tuk ayah Iqbal..memang sedari kecil aku panggil begitu) pakaikan dia topi ala-ala askar kan...pastu terus aku pun amik kamera handphone and snap...dah nama pun photographer kan..haaa...da nampak model kecil bergaya Kak Ee(panggilan manja tuk isteri Iqbal) pon apa lagik...cuba mengambil gambar Najla dari pelbagai sudut lah...tapi sayang, Najla tak senyum....apa-apa pun tetap maintain cute macam ibu dia...hehehehhe....

Setelah di-edit oleh photographer...inilah hasilnye....




I love dis picture a lot!!! Credited to Iqbal dan isteri....=)



lepas ni bolehlah assign dorang tuk amik gambar harijadi Najla nnt...huhuhu...

Lebam sudah....

Salam....

Saja nak kongsi dengan kalian semua...

Semalam Najla tengah meniarap pastu boleh terhantuk kepala dia kat lantai...terus meraunglah kawan...huhuhu...merah jugaklah dahi dia...pagi tadi bangun tengok ader lagik kesan...risau dibuatnye..insyaAllah takde pape....


Doakan ye....terimakasih...



Nantikan blog yang seterusnye....pasal lunch kat rumah officemate...huhu

Sunday, October 24, 2010

Sabar Ajelahhh

Salam...hi u ols...

Lunch tadi pergi Alamanda bersama Rina, Kak Shima dan Azie...Mula-mula ingat nak pergi keluarkan duit..yela dalam purse ni ader 9 keping not RM1...Ingat nak jugak la mencuci mata sambil-sambil tuh leh la shopping sikit...tapi lain pulak jadinya bila aku pergi ke ATM Maybank yang kat dalam Carefour tu..Card boleh masuk tapi bila nak cek baki tak bole..nak kuarkan duit pon tak boleh...nak transfer pon tak boleh! Ceh...aper ni!! Sabar....Sabar....

Nak dijadikan cerita..ATM Maybank lagik satu yang dekat Escalator MPH tu pun sama jugak..kali ni Rina yang pergi..Aku tak pergi sebab aku punya makanan yang aku order tu amik masa sikit nak makan..Claypot - Buttered Chicken Rice..Nice and boleh tahanlah..cuma tak boleh makan selalu cepat muak..sori guys tak capture gambar...Lupa....Soriiiii....

Dengan serta-merta hajat nak mencuci mata + shopping hilang...Sebab tak dapat kuarkan duit..
Huhuh..sedih...




*Sabar Ajelah aku dengan ATM tu.......

Maaf ye...

Salam

Hai semua,aku nak mintak maaf sangat2 sebab da lama giler tak update blog aku yang aku rasa da bersawang la kot..hehehehe...aku pun tak tahu nak bagi alasan apa kat korang kenapa aku da lama giler tak update blog...ermmmm....bila dipikir-pikirkan aku memang agak sibuk jugak lepas bulan puasa..

Lepas jek bulan puasa aku amik cuti seminggu balik Labis,Johor (kampung suami aku)..Memangsangat seronok blk kampung..Memandangkan tahun ini kali pertama aku beraya di kampung suamiku, hari raya kedua dan ketiga aku dibawa beraya ke rumah nenek,saudara2,mak saudara..yang paling seronok sangat dapat beraya da tentu la si kecil kesayanganku ini..Nur Najla..asalkan dapat masuk kereta sungguh excited...melonjak-lonjak nak tengok kat luar tingkap...kejap nak berdiri kejap nak duduk...hehehehe...punyalah gumbira beraya sampai Najla demam arituh...iyela,baby bila terdedah dengan panas dan sejuk mula la tak sedap badan..tapi Alhamdulillah Najla demam sekejap jek..malam tu jugak bagi dia makan ubat lepas tu tido dan kemudian badan dia terus segar..tapi yang bagusnye dia kalo demam still bole tersenyum dan tak macam demam la..bukan lah nak memuji anak sendiri tapi itulah hakikatnya..mungkin semangat Najla macam ibu dia kot...ehehehhe...

Seminggu lepas aku bercuti, masuk jek office banyak betul kerja yang menanti..Memandangkan kementerian aku adalah co-organizer untuk satu event yang agak besar tahun ni, so kami sebagai pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi (sungguh bersemangat waja aku ni...hahahha). Cerita sikit pasal event yang dikenali sebagai IGEM2010 yang telah berlangsung pada 14 - 17 Oktober 2010. Pada 25-09-2010 hari sabtu aku dan semua officemate kene keja sebab kene buat banyak kerja antaranya tampal nama jemputan atas kad, tampal alamat atas sampul jemputan pastu copykad jemputan untuk difakskan nanti...banyakkannnnnnnn keje...huh! Aku datang office aritu pun agak lambat sebab kene masak nasi ayam tuk makan tengahari..so,dalam pukul 11 pagi baru aku sampai..dan dorang semua tengah dok buat keje..huhuu....

IGEM2010 berlangsung dengan jayanya.....huhuuhuuh...bakal bertemu dengan IGEM pada tahun depan lagi...hahahaha

Andai Kau Mengerti



Salam buat semua...

Kekadang aku cemburu bila lihat dalam blog orang lain menceritakan perihal ibu mereka...mereka memuji-muji ibu mereka...mereka menceritakan detik-detik bahagia bersama ibu mereka...mereka menceritakan bagaimana mereka berkongsi suka duka bersama ibu mereka...

Tapi bagi aku........aku tak punya kesempatan untuk itu...ya,memang kalau dilihat dari segi luaran aku dan insan yang aku gelar ibu memang nampak baik dan ok...tetapi dalam hati ini tak siapa pun yang tahu...bukan niat aku nak membuka cerita yang tidak baik perihal ibuku....tapi ini hanyalah luahan hati seorang anak yang sangat-sangat mendambakan saat-saat terbaik bersama ibunya...aku betul-betul inginkan perhatian daripada insan yang ku panggil ibu ini...sungguh aku mahu...

Jika mereka semua sering memuji-muji ibu mereka didalam pelbagai cara dan contoh yang lebih dekat ialah mereka menceritakan tentang ibu mereka didalam blog..sedangkan aku hanya memuji ibuku didalam hati ini..tak siapa yang tahu bahawa aku begitu kagum dengan bakat yang ada pada ibuku...beliau pandai menjahit..pandai menggubah..pandai marhaban..kalau kalian nak tahu ibuku merupakan ketua kumpulan marhaban..nama kumpulan mereka adalah An-Najwa...mendengarkan alunan dari ibuku betul-betul sedap didengari...lebih-lebih lagi ibuku mengetuai kumpulannya ketika majlis cukur jambul puteriku...begitu indah alunan si ibu..
namun pujian itu ku simpan sendiri...tidak ku luahkan pada sesiapa pun...


Ibuku jugak seorang yang sangat suka menjahit..ibu pernah memberitahu padaku semenjak umurnya 13 tahun lagik beliau sudah pandai menjahit baju sendiri...siapa yang tak cemburukan...tapi apa kan daya bakatnya tidak turun pada anaknya yang sorang ni...ibu juga pandai mengubah..tak kira apa jenis gubahan ibu memang handal...gubahan bunga dan hantaran adalah kegemaran ibu...bagi jela apa jenis bahan ibu boleh buat hingga menjadi paling cantik...ibu sering menerima tempahan untuk buatkan hantaran perkahwinan...baik sepupu-sepupuku ataupun anak kawan ibu...ibu tak kisah asalkan kudrat ibu masih mampu...sekali lagik aku cemburu...

Tapi apakan daya bakat ibu tiada satu pun yang turun pada anaknya yang sorang ni..jangan kata nak menjahit pegang jarum pun kekadang tersangatlah malas...sedikit pu aku tak salahkan ibu...mungkin inilah suratan yang telah tertulis buat insan yang bernama Rusila Sazrin...ibu sering cakap yang aku ni keras tangan..dan tak nak mencuba menjahit..apa yang aku mampu buat adalah pendamkan sahaja...apa aku nak cakap...minat tuk menjahit tidak ada dalam diri aku...aku pernah cuba nak tanamkan minat aku pada jahitan tapi aku tak mampu nak paksa diri aku...abah pernah cakap kalau kita buat kerja yang kita minat,kita akan lakukan kerja tersebut dengan ikhlas tanpa perlu bermuka-muka...namun bila aku dipaksa tuk buat kerja yang aku tak minat mulalah aku buat muka kelat yang ibu tak gemar nak tengok...sebab itu aku tak suka dipaksa...tolong jangan paksa aku...aku harap sangat yang ibu mampu memahami aku...


*ini bukan ibu aku...hehehhee...contoh gambar sahaja

Pada mata semua orang ibu adalah orang yang mempunyai pelbagai bakat..sedangkan maktok (mak kepada ibu) pun sering memuji anaknya yang pandai segala-galanya...sering aku dengar cerita yang dulu ibu juga sudah pandai mencari duit tambahan dengan menjual kuih-muih yang maktok aku buat...ibu juga ada jual kacang kuda...aku tersenyum mendengar cerita ibu..

Aku juga sangat-sangat cemburu bila ibu lebihkan adik aku dari aku...aku tahu mungkin ibu tak rasa yang dia lebihkan adik dari aku...apa yang aku dapat lakukan adalah pandang perkara tersebut sebelah mata jek..sedangkan hati aku hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu...bukan aku nak berkira tapi bukankah aku ni jugak anak ibu...aku sedih bila pendapat aku tak dipandang ibu...sebagai contoh bila ibu tanya tudung ni sesuai tak dipakai dengan baju ni...aku da jawap pertanyaan ibu..da kuberikan pendapat terbaik dari aku...tapi sebentar kemudian dia bertanya pada adik pula dan adik beri pendapat yang berlainan..dan akhirnya pendapat aku hanya sia-sia belaka...perkara sebegini dah banyak kali berlaku..dan aku hanya berdiam...aku cemburu bila apa yang dilakukan adik mendapat sokongan dari ibu..aku nak amik lesen kereta selepas tamat belajar,ibu tak benarkan..alasan beliau adalah kerana ketika itu kitaorng takde kereta lain selain satu kereta sahaja..maknanye bila aku amik lesen takde kereta yang aku nak bawak...dan bila minat aku nak amik lesen da takde dipaksa-paksa pulak aku amik lesen...sungguh aku tak paham...dan sampai sekarang aku diperlip-perli kerana tak amik lesen...dan aku buat dengar tak dengar sahaja...berlainan dengan cerita adik nak amik lesen pada umur 16tahun(khas tuk motor) ibu benarkan sedangkan ketika itu adik pun takde motor...nampak bukan macam mana ibu aku melebihkan adik aku...sekali lagik aku cemburu.....

Mungkin pada kalian cerita ini tiada apa-apa pada kalian..tapi pada aku yang melalui saat-saat itu amat menyedihkan...tiada niat aku nak memburukkan insan yang mengandungkan aku 9 bulan...yang melahirkan aku dengan kudrat yang ada...tidak pernah aku salahkan ibuku...namun hati ini sebagai anak sangat-sangat sedih dan memerlukan perhatian ibunya...aku teringin nak berkongi segala cerita dengan ibuku...sedari kecil,remaja dan hingga kini aku dah bergelar isteri orang...aku tak pernah berkongsi cerita dengan ibu tentang aku punya kekasih dulu...aku tak pernah cerita pada ibu tentang aku pernah putus cinta dulu...kerana ibu tak pernah menunjukkan minat untuk tahu semua itu...ibu tak pernah sporting kalau menyentuh mengenai kisah cinta anak-anaknya...sering aku luahkan pada kawan-kawan karibku..."Ibu,anakmu ini inginkan engkau mengerti bahawa anakmu teringin sangat bercerita denganmu.."
Aku cuma mahu ibu mengerti aku.....

Namun dalam pada itu, aku berbangga dengan ibu kerana didikannya pada aku sangat baik..Aku bukan nak puji diri..tetapi kerana didikan ibu aku tidak melakukan jenayah,mahupun apa-apa kejahatan...Alhamdulillah aku dijauhkan dari itu semua dengan didikan ibu...Terimakasih ibu..

InsyaAllah,aku berdoa agar aku tidak lakukan sedemikian pada anak-anakku...Aku berdoa agar aku ada masa untuk aku dengar luahan hati anak...aku berdoa agar aku ada masa untuk diluangkan bersama anakku walau hanya seketika cuma...Kau permudahkanlah segala urusan untuk hambaMu Ya Allah...Berikanlah peluang pada hambaMu untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anakku...Kau bantulah hambaMu ini...Amin..

Kaklong tetap sayang ibu...

Ibu segala-galanya buat Kaklong...Tanpa ibu kak long takkan ada di dunia ini..

Terimakasih ibu kerana melahirkan kak long dan mendidik kak long....






Saturday, October 23, 2010

My baby Gurl




Salam....hi guys...

How are u today? I'm juz doing fine..My baby also fine and makin nakal ok...Sekarang da pandai baling-baling barang ok....kalau dia rasa kita lambat layan dia haaa mulalah dia buat aksi-aksi baling-baling barang...tadi dia baling penutup botol susu dia...ishhhh anak ibu ni....haipppp...babap tangan tu nanti...

Well, da dua hari aku tido dengan Najla berdua sahaja...sebab my hubby pergi kursus dekat Pahang..actually not really in pahang la...dekat ngn highway Karak tu...ape tah nama resort tu..something like Eco Resort...lebih kurang macam tu lah namanya....Semalam(22 Oktober 2010), Najla tak banyak sangat meragam...cuma pukul 5 pagi dia bangun nak susu...and one more thing benda baru pasal Najla ialah style tangisan dia...hehehhe...sori la tak dapat nak bagi korang dengar sebab aku tak rakam pun...tapi pada aku yang dok dengar memang berbezalah dari yang dulu...hehehhe...

Cepat benar masa berlalu...pejam celik pejam celik umur anakku dah nak mencecah 7 bulan (lagik 2 hari pada 25-10-2010)...dah macam-macam perangai sekarang ni...dah pandai nak marah-marah..dah pandai bergurau...dah pandai membebel...hehehhe...senang hati aku melihat perkembangan anakku yang sorang ni...tetapi kekadang timbul jugak cemburu dihati bila lihat badan anak-anak member-member lain di facebook tembam-tembam rasa nak cubit jek...tapi melihatkan anakku kecil...tiap kali rasa cembur itu hadir aku cepat-cepat aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniaakan cahayamata di awal perkahwinan...sedangkan kita sering dengar ramai yang tidak dapat melahirkan zuriat sehinggakan usia perkahwinan sudah mencecah 10tahun...Aku patut bersyukur...Ya...Aku sememangnye teramat bersyukur atas rezeki yang telah Allah berikan...


Sedikit gambar anakku buat tatapan kalian.....



am i shweetttttt? hehehe

hai.......

ermmmmmm....ibuuuuuuu....nak susu....




* Nur Najla engkaulah permata hati ibu dan ayah....We Love u so much....muahhhhh




Wednesday, October 20, 2010

Cerita Si Gadis.....

Salam....

Hari ni nak share satu link ni dengan korang semua...link ni pon aku dapat dari blog member aku, Farra Muneera...=)
Satu cerita realiti yang amat menyentuh hati...bila baca blog insan ini rasa seperti sudah mengenalinya lama dahalu...

ingin mengetahui lebih lanjut tentang gadis ini? Silalah menjenguk ke laman blognya...

http://adifstory.blogspot.com


Bubye...See u at next blog...Salam...




* ingin melalui alam percintaan seperti Fida Aishah dan Ariff Shah.....

Team Building Sektor Teknologi Hijau


Salam...hi guys...

Hari ni nak share dgn u all semua gambar2 masa aku pergi Team Building Green Technology Sector di Anjungan Beach Resort, Pulau Pangkor dari 07 Ogos 2010 hingga 09 Ogos 2010..Memang seronok la pergi sana..Tempat penginapan pun besh sangat..Hotel orang melayu..apa yang aku suke kalau orang melayu yang uruskan hotel ialah kalau nak mandi kolam tak payah nak kena pakai bikini...huh! kalau hotel lain dah sah-sah kene pakai bikini...Besh jek mandi...Dah la kolam kat hotel tu unik sikit..bentuk kapal...cantik...hehehhe...

ok..ok...membebel pulak aku ni...so,enjoy la erk tengok gambar-gambar aku yang comel
tuh..hehehe....


* bermandi manda di laut...
dari kiri : Id..Elly..Fatma..Aku...Rina...Azie

* baru lepas main game...Amazing Race...Besh giler!
dari kiri : Azie...Aku...Rina...

* Dinner with BBQ...
dari kiri : Fatma...Rose...Wanie...Ina...Aku...Kak Sarah...Suguna...Farid...Azie...

* Dinner time...
dari kiri: Azie...Id...Fatma...Rose...Aku...

* berlatar belakangkan hotel Anjungan Beach Resort, Pulau Pangkor..


* dari kiri: Rose...Aku...Fatma...Id

* pergi jalan-jalan naik bot...

* nie dekat Coral Island...

* da on the way balik ke Putrajaya...Bubye Pulau Pangkor!!

* atas bot besar nak balik ke Putrajaya..

* dalam boat...
dari kiri: Rose...Rina...Aku...Elly...Fatma...Azie..


Memang sangat besh...rasa-rasa nanti nak pergi tapi kali ni dengan famili pulak...

Kayla...bubye semua...See ya...Salam...



Tuesday, October 19, 2010

Another Day of Bored




Salam...

This morning aku breakfast nasi lemak lauk ayam masak merah...saja nak mencuba menu yang lain hari ni...kalo tak asik lauk paru goreng jek..aku pon tak tahu kenapa lah aku ni addict sangat dengan paru goreng...huhuu....so,hari ni aku amik menu lain dari yang biasa..aku makan ayam masak merah..dan sambil aku makan aku teringat-ingat dekat paru
goreng...ehehehehe....

So, hari ni aku juz nak upload gambar-gambar family aku lah..hehehhe...nie memang da takde keje la ni...hehehe


* inilah loving couple in my family...my ibu and my abah...=)


* my husband with my father...



* me with my lovely hubby...=)

* aku bersama satu-satunya adik lelaki aku..ni masa hari raya tahun 2008..

* adik aku ni nak jadik photographer...doakan dia berjaya



Jumpa lagik di blog yang akan datang....bubye....Salam..=)

Hari Kebosanan Sedunia

Salam guys!

Hari ni merupakan HARI KEBOSANAN SEDUNIA....sangat-sangatlah bosan kat office hari ni sebabnya takde kerja...

X Percaya?????

Betul weh...aku tak tipu korang...kalo la bole aku rakamkan keadaan office aku hari ni mesti aku dah rakam and tunjukkan kat korang semua...

Pagi tadi apa yang aku buat hanyalah meronda-ronda sekeliling office sampai bosan...lepas tu aku pergi lepak kat bilik rehat TKSU...pergghhhhhh....rehat kat bilik bos besar..tak takut ker? nak takut apanya...bos pon takde sebab ader urusan kat KL...Lepas tu pukul 12.45 tengahari aku da chow awal-awal sebab nak balik rumah Presint 14, nak kemas sikit-sikit barang kat rumah tu..balik office dalam pukul 2.20petang aku masuk..hehehehe...Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku boleh bersenang lenang je kan...hehehhe...sebabnya bos aku takde...huhuhu..Naik jek dari lunch masuk balik bilik rehat TKSU...nak tahu aper aku buat?? egeggegege...aku tengok movie....hehehehehe....

Aku tengok movie CINTA U-TURN...lakonan Awie dan Fasha Sandha...Cerita ni biasa-biasa lah...setakat kau nak lepaskan kebosanan dan bergelak ketawa boleh lah...simple jek cerita ni..habis tengok movie pon dalam kul 4.20petang...dan sekarang aku tengah tunggu masa nak balik jek ni...hehehehhe...

Bayangkan apa yang perlu aku lalui pada masa hadapan setelah IGEM2010 habis...selama ni kitaorang kat office ni busy sebab event IGEM2010..dan dengar kata tahun depan akan berlangsungnya IGEM2011..nak buat pada bulan September...fuhhhhhhhhh....bukan ke time raya masa tuh? ermmmm...sama-samalah kita nantikan ye...

Oklah guys...selamat membaca kepada semua followers aku...bila aku ada kesenangan aku update lagik erk...Salam..



*balik ni nak main dengan my baby gurl : Nur Najla Mazalan.... =)

Saturday, October 16, 2010

Salah Ker???

Salam....

Blog kali ni aku nak tanya terus terang ngn korang semua....

Salah ker kalo kita suarakan ketidakpuasan hati kiter terhadap ahli keluarga kiter??

Aku memang tengah tak puas hati sekarang ni!

Apa yang aku rase sekrang ni adalah MARAH + SEDEY + RASA NAK CAKAP DEPAN2 (tapi tak sampai hati)

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......Gerammmmmmmmmmm.....Eeeeeee.....

Maaf kalian,sesi blog kali hanyalah luahan hati aku yang tengah tidak puas hati dengan seseorang yang penting dalam hidup aku...even dia amat penting dalam hidup aku tapi tak semestinya aku tak bole hindarkan rasa tiadak puas hati aku terhadap dia kan...



Oklah guys....i need my best time to sleep right now...see u in next blog...daaaaa...Salam..

Sunday, October 10, 2010

Hari Sabtu dan Ahad bukan hari cuti

Salam....

Kenapa aku buat tajuk macam tu??

haaaaa....kalo korang nak tahu..boleh dikatakan sejak dari mula raya sampai hari ni (10-10-2010..wah...cantik tarikh ni) hari sabtu dan ahad aku x duduk rumah..

sebabnyee...ader jek rumah terbuka dan kenduri yang aku and hubby pergi...

Elok la tu kan...puasa bagai nak rak turun berkilo-kilo (turun ke??? hahahha)...tapi bila raya baru first week raya da naik balik berkilo-kilo (sapa nak jawab dik non!) Sedey + Gumbira!
Sedey sebab makan terlalu banyak....huhuhuhu....Gumbira sebab dapat makan banyak...hahahaha
Tanggung la sendiri...Lu pikirla sendiri (Bang Bil,pinjam jap ayat tuh)

Najla la yang paling seronok...sebab Najla memang suke giler bila dapat keluar...satu perubahan dia sekarang ni,bila aku da siapkan dia,haaa...mula la dia kelam kabut,duk ngepang2 tangan tu suh orang angkat dia...bertambah kelam kabut bila dia nampak aku da siap pakai tudung...hahahaha...aku selalu usik dia...aku sengaja jek pegi kat pintu siap lambai2 lagik..dia punya ngamuk takut kene tinggal...hehehehe


Hari ni mungkin hari terakhir kot yang ader open house...Last rumah aku attend hari ni ialah umah BFF aku....Umah Baby ngn Ina...Makan Kambing bakar, Roti Bom!, Sate...Najla makan nasi impit...huhuh...


Kayla...da nak tido la...nnt aku update lagik erk....bubye...

Tuesday, October 5, 2010

Kali Terakhir

Salam

Hai semua,aku nak mintak maaf sangat2 sebab da lama giler tak update blog aku yang aku rasa da bersawang la kot..hehehehe...aku pun tak tahu nak bagi alasan apa kat korang kenapa aku da lama giler tak update blog...ermmmm....bila dipikir-pikirkan aku memang agak sibuk jugak lepas bulan puasa..

Lepas jek bulan puasa aku amik cuti seminggu balik Labis,Johor (kampung suami aku)..Memang sangat seronok blk kampung..Memandangkan tahun ini kali pertama aku beraya di kampung suamiku, hari raya kedua dan ketiga aku dibawa beraya ke rumah nenek,saudara2,mak saudara..yang paling seronok sangat dapat beraya da tentu la si kecil kesayanganku ini..Nur Najla..asalkan dapat masuk kereta sungguh excited...melonjak-lonjak nak tengok kat luar tingkap...kejap nak berdiri kejap nak duduk...hehehehe...punyalah gumbira beraya sampai Najla demam arituh...iyela,baby bila terdedah dengan panas dan sejuk mula la tak sedap badan..tapi Alhamdulillah Najla demam sekejap jek..malam tu jugak bagi dia makan ubat lepas tu tido dan kemudian badan dia terus segar..tapi yang bagusnye dia kalo demam still bole tersenyum dan tak macam demam la..bukan lah nak memuji anak sendiri tapi itulah hakikatnya..mungkin semangat Najla macam ibu dia kot...ehehehhe...

Seminggu lepas aku bercuti, masuk jek office banyak betul kerja yang menanti..Memandangkan kementerian aku adalah co-organizer untuk satu event yang agak besar tahun ni, so kami sebagai pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi (sungguh bersemangat waja aku ni...hahahha). Cerita sikit pasal event yang dikenali sebgai IGEM2010 yang akan berlangsung dari 14 - 17 Oktober 2010. Pada 25-09-2010 hari sabtu aku dan semua officemate datang office sebab kene buat banyak kerja antaranya tampal nama jemputan atas kad, tampal alamat atas sampul jemputan pastu copy kad jemputan untuk difakskan nanti...banyakkannnnnnnn keje...huh! Letih wooooo!!! Pastu dalam kul 6 petang tu aku stop sebab aku ader nak attend open house kat Presint 14...member husband aku...Kalo ikutkan badan nak jek aku ajak laki aku balik tapi mengenangkan dia da datang bawak Najla sekali,aku tak sampai hati la plak...so,lepas jek makan2 kat umah member husband aku,kitaorang terus balik...pergghhhh...aku memang lega la dapat balik...esoknye aku dapat tahu yang budak2 opis balik kul 8.30 malam....huishhhh...bos,sila bayar gaji kami lebey sikit yek tu bulan ni...hehehehehe!

So,sampai sini dulu la celoteh aku ye....nanti aku update lagik......bubyeee!! Love u ols laaaa...